Ada ramai pembeli/pemilik telefon bimbit bertanyakan samada handphone
yang dijual di kedai original ataupun tidak?Ada yang bertanyakan
perbezaan di antara AP set dan Original set. Justeru itu, kami di
highspecpcit ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda. Diharapa selepas
anda membaca artikel ini, anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam
pemilihan telefon bimbit.Jika ada kesilapan info / maklumat kami minta
maaf dan diharap dapat memberi teguran.
DEFINISI
AP set (Authorized Product)
ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan
oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar
handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM,
menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang
diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.
Original set
pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA
yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX,
Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang
sah.
Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set.
Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka
boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.
Tidak
dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set
dalaman dan menjualnya dengan harga yang sama dengan set original
dipanggil set recondition (atau recond)
WARRANTY
Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan warranty selama 15 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULAN untuk LCD. Hanya 1 BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan chargar. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.
Urusan
membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM,
COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka
sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti
Pacific Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih
handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.
Oleh itu,
kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set
mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah
berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific solution
kat senawang untuk dihantar ke sana.
Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUNtermasuk trasceiver, LCD dan battery.Oleh
kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national
warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set
kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri
itu.
HARGA
Harga
ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30%
lagi murah. Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650. Original 6288
zithron ialah RM 800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli
set AP disebabkan harganya.
Adakalanya set AP tiada pilihan dari
segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan
menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat
warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam
satu batch.Sebagai contoh Nokia 6500s lebih senang untuk mendapat warna
hitam dari silver. Kadang-kadang Nokia 2626 datang dengan warna biru
sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu yang seterusnya.
Tambahan :-
Underwater setPernah
dahulu menguasai pasaran h/phone especially di kawasan bukit bintang
dan pertama kompleks. Sekarang ini sudah tiada lagi di pasaran. Kalau
tak silap, underwater set ini adalah set yang dibawa masuk tanpa cukai
atau melalui pasaran gelap. Waranty pun beberapa bulan yang diberi oleh
kedai si penjual.
Recon set (atau recondition)
Set
2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual
dengan harga yang lebih murah. Recon tidak setanding dengan ap set
kerana ia adalah hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan,
walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk
menampakkannya setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset
dengan harga yang murah dari kebiasaan... ada mungkin akan masuk
perangkap recon!
Membeli AP set atau original adalah bergantung
kepada personaliti anda dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai
budget sedikit lebih, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap
kerosakan h/phone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang
sangat cerewet tentang h/phone maka Original set adalah pilihan anda.
Credit:highspecpcit
Saya Suka Sharing(3S): Perbezaan Ap Set Dan Original Set >>>>> Download Now
ReplyDelete>>>>> Download Full
Saya Suka Sharing(3S): Perbezaan Ap Set Dan Original Set >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Saya Suka Sharing(3S): Perbezaan Ap Set Dan Original Set >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK Oy